TENTANG KAMI

Foto saya
Chukai, Terengganu, Malaysia
*Rangkaian Dcentella adalah group dibawah jaringan dan pimpinan PJS/PJM Rosmandi Ishak yang berada di seluruh Malaysia dan berstatus PUSAT JUALAN.

SEMBANG-SEMBANG



KEMPEN PENGURANGAN PENGGUNAAN GULA

Rangkaian Dcentella telah dijemput untuk membuka booth di Kempen Pengurangan Penggunaan Gula anjuran KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN bertempat di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman jam 8 pagi bertarikh 8 Julai 2010.

Meskipun kami dimaklumkan pada sebelah malam 7hb, pihak kami tetap menyahut pelawaan program ini di samping dapat memperkenalkan dan mendekatkan lagi HPA kepada masyarakat.

Untuk program kali ini, Mok Su selaku pengasas Rangkaian Dcentella sendiri telah turun padang bersama dengan Pewaris Rangkaian Dcentella, Herbalis Suzlinda yang bertanggungjawab mengembangkan lagi sayap Rangkaian.

Pihak kami juga telah menyediakan 1 hamper produk harian HPA untuk cabutan bertuah sebagai tanda ucapan terima kasih untuk Pihak Penganjur.

 


0 Comments »

Powered by Blogger Skins. Theme: TheBuckmaker | Free Wordpress Templates. Presents HD TV Futurama Streaming. Featured on Wedding Dresses.