TENTANG KAMI

Foto saya
Chukai, Terengganu, Malaysia
*Rangkaian Dcentella adalah group dibawah jaringan dan pimpinan PJS/PJM Rosmandi Ishak yang berada di seluruh Malaysia dan berstatus PUSAT JUALAN.

SEMBANG-SEMBANG



0

KEMPEN PENGURANGAN PENGGUNAAN GULA

Rangkaian Dcentella telah dijemput untuk membuka booth di Kempen Pengurangan Penggunaan Gula anjuran KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN bertempat di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman jam 8 pagi bertarikh 8 Julai 2010.

Meskipun kami dimaklumkan pada sebelah malam 7hb, pihak kami tetap menyahut pelawaan program ini di samping dapat memperkenalkan dan mendekatkan lagi HPA kepada masyarakat.

Untuk program kali ini, Mok Su selaku pengasas Rangkaian Dcentella sendiri telah turun padang bersama dengan Pewaris Rangkaian Dcentella, Herbalis Suzlinda yang bertanggungjawab mengembangkan lagi sayap Rangkaian.

Pihak kami juga telah menyediakan 1 hamper produk harian HPA untuk cabutan bertuah sebagai tanda ucapan terima kasih untuk Pihak Penganjur.

 




0

PATUNG DI PANAH PETIR yg tidak disiarkan berita

Penulis menerima email dari seorang rakan yang patut di kongsi bersama sebagai renungan kekuasaan Allah SWT.

Buat renungan.

Salam,


Sedikit terjemahan kepada email ini:


Sculpture 'King of Kings' iaitu patung besar Jesus Christ ini didirikan di perkarangan Solid Rock Church di Monroe , Ohio , US .  Ia setinggi 19 meter dan 12 meter lebar dengan aksi 'Jesus' mendepangkan tangan seolah2 berdoa ke langit.  Penghuni Monroe amat memegahkan patung ini dan menamakannya 'Touchdown Jesus'.  patung ini diperbuat dari plastik dan getah fiber.


Pada 15/06/2010 , patung ini dipanah petir dan kilat lalu hangus terbakar.


Begitulah kekuasaan yang ditunjukkan oleh Allah SWT bilamana manusia lupa siapa pencipta sebenarnya.
Sebenarnya sudah begitu banyak Allah menunjukkan kekuasaanNya namun manusia masih lagi lalai dan alpa. Maka selayaknyalah kita diperhitungkan di hadapan Allah di padang Mahsyar nanti.

Semoga kita sentiasa dilindungi oleh Allah SWT sepanjang masa, insya-Allah.

"Dan berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu bermanfaat. Maka akan mengambil peringatan orang yang khusyuk(takut kepada Allah) dan akan menjauhi peringatan orang yang celaka iaitu orang yang akan masuk ke dalam api yang besar (neraka)... Surah Al-A'la





 

Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala – dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya." (Aali Imran : 79


Berita-berita macam ini tidaklah di hebohkan di TV. Betapa besarnya kekuasaan Allah SWT.

Powered by Blogger Skins. Theme: TheBuckmaker | Free Wordpress Templates. Presents HD TV Futurama Streaming. Featured on Wedding Dresses.