TENTANG KAMI

Foto saya
Chukai, Terengganu, Malaysia
*Rangkaian Dcentella adalah group dibawah jaringan dan pimpinan PJS/PJM Rosmandi Ishak yang berada di seluruh Malaysia dan berstatus PUSAT JUALAN.

SEMBANG-SEMBANG



0

SOSEJ AYAM ORGANIK HPA!!!

 


Keraguan dan Kegelian untuk menikmati sosej kini bakal terubat. HPA telah mengambil alternatif terbaik di dalam memanfaatkan lagi Produk Ayam Organik. Dari Ayam Organik, maka lahirlah Sate Ayam Organik. dan kini lahirlah pula Sosej Ayam Organik. Kepada penggemar sosej, inilah sosej yang halal dan suci. Selepas ini mungkin akan lahir daging burger ayam organik dan Nugget ayam organik. Sosej ini boleh didapati dengan harga RM 10.00 dan 2 NM.



0

KOPI RADIX TIBA DI MEKAH!!!



0

DEODORANT CENTELLA


Akhirnya Deodorant HPA kini sudah memasuki pasaran. Untuk makluman semua ahli dan pengguna, deodorant di pasaran mempunyai sejenis bahan yang boleh mengakibatkan kanser payudara untuk jangka masa panjang. Bahan tersebut akan saya uploadkan di dalam blog dalam masa terdekat.



0

HERBA DI BULAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang paling baik untuk melakukan program detox kerana puasa itu sahaja sudah banyak menolong tubuh menyingkirkan bahan buangan beracun. Jika ditambah dengan pelbagai herba lagi ia akan menjadi tubuh benar-benar sihat. Ini termasuklah penggunaan kopi radix/kopi diet/koko Radix/cereal radix/spirulina/omega 3/minyak zaitun dan lain-lain lagi.

Orang yang sedang sakit ternanti nanti bulan Ramadhan kerana puasa itu juga adalah metod penyembuhan daripada pelbagai penyakit.Ini lebih berkesan jika sekiranya herba diambil secara rutin cuma perlu betulkan masa pengambilanya iaitu waktu berbuka dan bersahur. Cereal radix,kopi radix dan spirulina akan memberikan kecerdasan sepanjang hari.Amin.



0

WAHDAH BERWAJAH BARU.


Daripada stok yang diterima dari HPA Caw., ini adalah wajah baru untuk Wahdah.. Harga dan kualiti masih sama cume packing sahaja yang ditukar di dalam bentuk Isian semula. Tapi.....packing lama nampak lagi menarik kut.



0

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

Salam,
Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " " Ya Allah tolong abaikan puasa
ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak
melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita
bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah
Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Sempena akan tibanya bulan Ramadhan yang tidak lama lagi kami terlebih
dahulu memohon maaf jika kami ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di
sengaja mahupun yang di sengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa
dengan khusyuk , diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah. Kami
juga memohon dihalalkan semuanya.


Sekian, terima kasih.

Wassalam ...



0

AISKRIM TOYYIBAH



Alhamdulillah. setelah sekian lama menunggu akhirnya sampai juga Peti Aiskrim yang akan membekalkan Aiskrim Toyyibah kepada semua. Di atas kesempatan ini pihak kami (pengurusan Rangkaian Dcentella) ingin mengucapkan terima kasih kepada staf2 Pusat Operasi Zon Timur, Staff2 HPA caw. Kemaman,Pemandu Lori yang tolong angkat Peti, serta 2 orang ahli HPA di bawah rangkaian kami ( Ahmad Hazli & Khairul Faisal) kerana sudi menolong mengangkat peti aiskrim tersebut untuk dipindahkan dari HPA Caw. Kemaman ke tempat kami. Dengan adanya peti aiskrim ini, maka stokis dapat membekalkan satu lagi produk HPA kepada pengguna. Maka bermula 19hb Ogos 2009, Pihak kami akan bermula memasarkan Aiskrim Toyyibah HPA. Terima kasih.



0

PRODUK DI DALAM TIN HPA

Sardin HPA

InsyaAllah tidak lama lagi kita akan mempunyai produk sardin dalam tin . Ini sebagai pilihan kepada umat Islam yang mahukan sardin yang halal dan dibuat oleh syarikat bumiputra. Hari ini status halal yang digunakan oleh HPA bergantung kepada kelulusan halal jakim. Saya menjangkakan hujung bulan ini dah boleh dipasarkan. InsyaAllah.
Dengan ujudnya pengetingan sardin,ia akan membuka jalan bagi produk pengetingan yang lain. Amin.


-sumber dari blog PU.



0

AL-FATIHAH _ pemergian seorang Insan

Tengahari tadi saya dikejutkan dengan satu berita yang amat menyedihkan. Bazil Anwar Bidin no ahli 422212 telah pulang ke rahmatullah pada pagi tadi. terlalu banyak kenangan saya bersama beliau yang tak dapat saya lupakan. Beliau merupakan saya punyer junior semasa bersekolah di Sek. Men. Sultan Ismail 2 Kemaman. Dan rancangan kami untuk menjual barangan aksesori wanita untuk bekalan raya tahun ini terpaksa di lupakan. Walau apa pun saya redha. Mungkin Allah swt lebih menyayangi dirinya. Amin. Akhir kata, sama - sama lah kiter sedekahkan Al-Fatihah untuk beliau dan moga-moga roh beliau dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. AL-FATIHAH.



0

PEMBUKAAN 45 CAW. BARU MENJELANG 2010

HPA kini menggiatkan lagi usaha bagi mennggenapkan 200 cawangan dan kios di seluruh negara sebelum berakhirnya tahun 2009. Setiap zon di mestikan membuka 10 cawangan baru dan 5 cawangan di Malaysia Timur. Cawangan yang banyak akan memudahkan ahli-ahli bagi mendapat produk halal terutamanya produk-produk yang sukar disimpan dengan banyaknya di stokis-stokis. Penambahan stokis juga akan berlaku mengikut jumlah penambahan PJS, dimana setiap PJS perlu mengujudkan 5 stokis sebulan. Dengan peningkatan jumlah stokis dan cawangan dijangka ahli-ahli yang aktif boleh dipertingkatkan. Amin.



0

RADIX BAKERY HOUSE


Radix Bakery House HPA yang terletak bersebelahan dengan Restoran Radix Oriental Cuisine (ROC) memulakan perniagaannya pada 5 Ogos 2009 yang lalu selepas dirasmikan oleh Tuan Haji Ismail Haji Ahmad. Radix Bakery House ini menggunakan produk-produk HPA seperti olive oil, madu, kismis, kopi radix, koko radix, jem nenas, jem roselle dalam pembuatan kek dan roti yg dijamin HALAL.

Di samping itu juga produk-produk Radix Bakery House ini mempunyai keunikan tersendiri kerana mengandungi herba-herba HPA. Di antara produk-produknya ialah cup cake, muffin, aising cake, pizza,cream puff, roti, butter cake, biskut dan lain-lain.



Di antara sebab-sebab yang membuatkan HPA mahu menubuhkan kedai keknya sendiri adalah kerana menyahut seruan daripada JAKIM dan PPIM yang mengatakan bahawa lebih daripada 80% kek yang dijual di pasaran pada hari ini menggunakan berus yang mengandungi bahan haram.

Penggunaan jeli dan gelatin serta keju yang berleluasa dalam pembuatan kek ini juga antara faktor usaha dari HPA ini. Alhamdullillah, keju yg digunakan dalam produk Radix Bakery House ini adalah diperbuat daripada minyak kelapa sawit seperti yg dimaklumkan oleh Tuan Haji semasa perasmian berlangsung.



Penggunaan mentega dan pewarna juga membimbangkan kita. Tetapi HPA tetap mencuba mencari altenatif lain yang dapat menggantikan bahan ini. Malah ada juga kek yang mengandungi sedikit alkohol untukk membuatkan kek tersebut jadi gebu dan besar. Semua masalah ini Insyaallah, HPA berusaha untuk mengadakan altenatif lain.

Semoga perniagaan kek ini dapat didirikan di setiap daerah agar tiada lagi kebimbangang terhadap produk kek di Malaysia.



0

KELEBIHAN KOPI RADIX


SUBHANALLAH... pada 6 Julai 2009 anak kepada sahabat HPA Zabidah Bt Man (Salak Tinggi) iaitu bendahari komuniti Nilai telah menemui objek kalimah Allah di dalam kopi Radix HPA

Pada jam lebih kurang 6.20 pagi anak perempuan Pn. Zabidah iaitu Nurul Atiqah Habidin (17 thn) telah membancuh kopi Radix untuk sarapan adik beliau (Mohd. Afiq Hafizuddin Habidin-11 thn) yang dikatakan kurang menggemari kopi radix. Selepas itu, Nurul terus menaiki bas untuk kesekolah lebih kurang jam 6.30 pagi.

Manakala Mohd. Afiq yang diminta oleh ibunya minum kopi radix tersebut, tiba-tiba memanggil ibunya kerana melihat objek kalimah Allah (6.50 pagi) pada buih kopi Radix. Lantas Pn. Zabidah bergegas dan terkejut terus memanggil suaminya (Habidin Mat) dan mereka sempat merakamkan gambar seperti yang kita lihat di atas.

Pn. Zabidah, selalu berpesan kepada anak-anaknya supaya membancuh kopi radix dengan kaedah mengacau kopi radix arah lawan jam dan membaca selawat syifa'. Beliau sehingga menitiskan airmata dengan kejadian yang berlaku dan dikatakan barulah Mohd. Afiq menggemari kopi Radix.

Subhanallah, inilah yang dikatakan keberkatan bulan Rejab dan secara kebetulan mereka sekeluarga berpuasa sunat Rejab kecuali Mohd. Afiq.

Sumber dari sahabat network

- Masyaallah. begitu besarnya kebesaran Alllah swt. Peluang sebegini jarang2 sekali kita dapat lihat. hanya lah mereka yang telah ditakdirkan sahaja. sumber maklumat ini saya dapat dari salah seorang rakan HPA kita.



0

AYAM ORGANIK HPA

Isu ayam semakin hangat dibincangkan di dalam surat akhbar, risalah dan media massa. Begitu juga di masjid dan surau, begitu banyak ustaz yang membicarakan tentang halal dan haram. Ini haram itu haram. Terpanggil diri ini untuk bertanya, jika semuanya haram, bagaimana pula dengan alternatifnya? Adakah telah sedia ada dipasaran? Maka, wajarlah produk barangan HPA dijadikan sebagai alternatifnya atau pengganti kepada barangan asing. Hapuskan produk asing.


Mungkin ada dalam kalangan saudara yang bertanya, ini semua adalah gimik perniagaan dengan bertujuan untuk menjual produk barangan HPA. Saya katakan tidak sama sekali. Persoalannya adalah, pernahkah saudara terfikir makanan yang diberikan kepada ayam yang diternak hari ini? Dengan kata lain, makanan atau dedak ayam yang diberi kepada ayam ternakan. Pernahkah saudara menganalisis dan mengenal pasti bahan-bahan yang dicampurkan ketika membuat proses makanan ayam? Pernahkah saudara mengambil sampel DNA ayam ternakan hari ini? Adakah ia tidak bercampur dengan DNA babi. .

Bukanlah niat saya untuk menjejaskan industri ternakan ayam, tetapi marilah kita berkongsi sedikit maklumat dan kebenaran mengenai isu ayam ini. Pada hari ini, terdapat satu bahan yang dikenali sebagai Dicalcium phosphate telah dicampur ke dalam proses membuat makanan ayam. Kenyataan ini telah diperjelas dan suarakan oleh pihak JAKIM dan CAP. Apakah itu Dicalcium phosphate? Ia adalah satu bahan yang diperbuat dari serbuk tulang-tulang binatang. Persoalannya dari tulang binatang manakah yang diambil? Berdasarkan kajian, kebanyakkan DCP yang terkandung dalam makanan hari ini dipercayai diperoleh daripada tulang babi yang telah disiap proses menjadi serbuk. Bahkan dengan mencampurkan DCP ke dalam makanan ayam hari ini, ia didakwa mampu membesarkan ayam dengan lebih cepat dan gemuk.

Yang kita soalkan disini adalah kehalalan. Pembeli utama ayam dipasaran hari ini adalah umat Islam. Ya, mungkin ada dalam kalangan kita menyatakan, ayam itu halal kerana disembelih mengikut cara Islam dan dijual oleh orang Islam. Yang kita tegaskan disini ialah makanan yang dimakan oleh ayam itu sekaligus akan menjadi sebahagian daripada DNA ayam itu sendiri bukanlah kaedah sembelihannya atau dibeli daripada orang Islam.

Alhamdulillah HPA mengambil tanggungjawab ini dengan menyediakan bekalan ayam organik yang diternaknya sendiri dengan berteraskan makanan herba, diantara makanan yang dijadikan sebagai makanan ayam ialah habbatus sauda, jagung, ubi dan bijirin. Manakala vaksin ayam itu pula ialah dengan menggunakan daun mambu. Pada hari ini saja, ayam yang diternak oleh HPA mampu menanggung keperluan selama setahun. Subhanallah.

-sumber dari Dr Badrol Amin.



0

EMPAYAR NESTLE & KEJAHILAN UMAT ISLAM

- Bukan hanya MILO, malah produk makanan ringan lain turut diragui ke halal lan nyer spt Twisties, Super Ring dll yang dahulunya pernah saya sendiri makan di zaman kanak-kanak. MasyaAllah. betapa jahilnyer diri. Tapi itu dulu, bukan sekarang. Bukan setelah menyertai HPA.

- Awasilah pemakanan diri kita sekeluarga. Pesan-pesanlah kepada anak kita dan saudara Islam lain. Pemakanan ini, membawa kepada darah daging kita. Bila Banyak sangat benda haram jadi darah daging kita, Itulah puncanya kenapa Doa kita payah nak diterima. Jadikanlah amalan, sebelum membeli sesutu barangan makanan, periksa dahulu Kod-kod haram yang tidak boleh kita makan.ALLAH swt turunkan bala H1N1 sebagai peringatan kepada kita.


(sila klik tajuk di atas untuk lebih maklumat)



0

KECURANGAN DALAM PENUKARAN PENAJAAN.

semalam sibuk mencari info pasal HPA sayer terjumpe satu article yang nak saya posting sebagai panduan semua ahli2 di bawah rangkaian ataupun tidak. article tu bulan April 2009 daripada pihak MIS.

-Hal ini perlu di ambil perhatian serius oleh seluruh warga HPA Malaysia. HQ hanya membenarkan penukaran penaja pengedar yang tidak aktif dari tahun 2003 kebawah. Namun kita mendapati ada usaha "matlamat menghalalkan cara" yang akan merosakan imej MLM Syariah. Antara tektik licik yang dilakukan adalah memindahkan nama sesaorang kepada waris dengan alasan tidak mau aktif. Suka saya ingatkan disini tindakan ini akan merosakan imej MLM HPA.
Mulai sekarang penukaran penaja pada warith hanya boleh di lakukan sekiranya ada lampiran surat kematian.
Wasalam


---------------------------------------------------------------------------------------

saya berharap hal ini tidak terjadi kepada rangkaian kita ini. mana-mana ahli yang sudah lama tidak dihubungi oleh pihak kami, harap dapat lah emailkan atau smskan no HP,@ email kepada kami. ini semua di atas usaha untuk memantapkan lagi rangkaian yang sudah terbina hampir 12 tahun di Kemaman yang kini di uruskan oleh Generasi kedua. Pihak kami di dalam proses untuk memperkembangkan lagi jaringan rangkaian kepada semua ahli-ahli. Insyaallah laman blog ini akan menjadi salah satu sumber ilmu untuk semua. dalam masa terdekat ini, saya akan pamerkan senarai nama ahli2 di dalam rangkaian kita.

wasalam.



0

PEKELILING PERLANTIKAN PJS 2009



0

Influenza A dan perubatan herba


Kebiasaannya terapi herba untuk kes demam adalah seperti dibawah. Saya kerap juga ditanya tentang H1N1 , apakah ubat herba yang perlu dicadangkan. Penyakit ini merupakan jangkitan akut yang perlu segera dirawat di hospital jika tidak, boleh menyebabkan kematian. Persediaan herba dibawah merupakan kaedah tradisi pengubatan jawi untuk jangkitan Virus namun begitu kepada penyakit H1N1 perlukan nasihat dari doktor.

1. Kapsul IMT - 3 kapsul selang 2 jam ( 3 x 6)
2. Teh roselle - (minum terus menerus) - hingga habis sekotak.
3. Spirulina - 2 kapsul selang 2 jam sehingga habis 1 botol.
4. EQ minda - minum hingga sembuh.
5. Sewaktu kepanasan mendadak tinggi, jaram dengan daun bunga cina.

HPA - Harapan Paling Akhir.

Semoga Allah menghilangkan ujian ini daripada kita semua. Kepada seluruh warga HPA kita mengamalkan kaedah “pencegahan itu lebih baik daripada pengubatan” .
Herba kita yang mempunyai kekuatan bagi tujuan anti virus ialah seperti :

1. Kapsul IMT - 3 x 3
2. Roselle - 5 x 3 dan teh roselle - 2 x 3
3. Madu Coscinium - 2 x 3
4. Kopi Radix
5. Malac - 2 x 3
6. Teh Herba

Amalkan terus herba-herba HPA sebagai amalan harian. InsyaAllah .
Walau apapun, mudah-mudahan Allah memunculkan pengubatan kita dalam situasi ini. Amin.

Sumber : Dipetik dari blog JawiHerbShop.blogspot.com



0

MAJLIS TAKLIMAT KERJA HPA & ITHPA

Majlis ini akan diadakan pada esok hari 3/8/09 di dewan omar Mukhtar (DOM) jam 8.30 pagi . Semua anak-anak syarikat HPA dan pentadbiran zon tidak dibenarkan lagi mengambil terus pekerja-pekerja tetapi mestilah melalui ITHPA. Ini bermakna mereka yang hendak bekerja dalam HPA mestilah mengikuti kursus pra-kerja di ITHPA.
Tujuan diadakan program sebegini ialah untuk memastikan pekerja benar-benar mengetahui kehendak majikan terutama dalam urusan bisnis yang sangat mencabar. Kita tidak mahu pekerja yang sepatutnya menjadi asset syarikat tiba-tiba menjadi liability(tanggungan) . Ini sangat-sangat penting kerana kini HPA memiliki 1700 orang pekerja dan penambahan pekerja berlaku 50 - 100 orang sebulan. Peningkatan ini akan terus berlaku kerana bertambahnya outlet dan rangkaian peniagaan HPA diseluruh negara. Mereka yang berminat boleh menghubungi bahagian latihan (pengambilan pelajar dan pekerja) 0194650155(fahzan) .

.......sumber dari blog PU.



0

BENARKAH PRODUK HERBA @ AKAR KAYU MERBAHAYA KEPADA KESIHATAN

Kebelakangan ini ada beberapa majalah serta akhbar yang menyiarkan artikel yang memberikan pendapat mengenai kemungkinan produk berbentuk serbuk memudharatkan kesihatan. Ianya diterbitkan dalam suasana terdapat trend produk-produk terbaru yang dikeluarkan dalam bentuk extraction. Apakah ini salah satu perang saikologi bagi memenangi pasaran? Semua yang ditulis setakat yang saya tahu tidak pernah dibekalkan dengan data-data yang terang dan jelas. Kalaulah ada mereka yang mengatakan bahawa serbuk ubatan yang menyebabkan terjadi batu karang dan batu dalam hempedu, itu hanyalah sangkaan semata-mata yang tidak berdasarkan kepada ilmu.

Kalau kita mengkaji beberapa ilmu mengenai sistem tubuh iaitu sistem pencernaan (digestive system), sistem peredaran darah (circulatory system) dan sistem pembuangan (excretory system), sudah tentu dapat dibuktikan dengan jelas bahawa tuduhan sedemikian adalah merupakan satu fitnah jahat yang dilemparkan kepada bahan yang sepatutnya menjadi penyembuh utama seperti yang diajar oleh nabi melalui hadisnya ‘kesembuhan itu terdapat pada 3 perkara, minum mada berbekam dan kay.

Dalam sistem pencernaan, makanan yang kita makan masuk melalui mulut lalu bergerak ke dalam perut, usus kecil dan usus besar lalu dikeluarkan melalui anus dalam jangkamasa 9 jam lebih kurang. Dalam perjalanan tersebut enzim-enzim pencernaan telah berperanan sehingga makanan bertukar kepada bentuk yang sesuai untuk diserap terutamanya di usus kecil dan sedikit di usus besar. Air, asid dan enzim bertindak melarutkan bahan-bahan untuk membolehkan ianya diserap. Bahan-bahan yang tidak larut semuanya akan masuk ke usus besar, melalui beberapa proses lalu ada yang diserap dan bakinya dikeluarkan sebagai najis termasuk serbuk herba. Serbuk herba yang melalui jalan yang sama mengalami beberapa proses sehingga bahan aktif, mineral dan vitamin dilarutkan lalu diserap sambil hampasnya keluar melalui najis. Penyerapan dari usus kecil ke dalam saluran darah adalah dalam bentuk bahan terlarut dan mustahil untuk serbuk kayu di serap.

Batu dalam hempedu terbentuk disebabkan oleh kandungan kolestrol yang terlalu tinggi dalam darah. Kolestrol yang tinggi terjadi apabila seseorang mengalami masalah usus tersumbat dan mempunyai tabiat suka makan makanan berlemak. Hempedu yang mengeluarkan cecair hempedu (bile) gagal berfungsi dengan berkesan lalu lemak yang mempunyai kepekatan yang tinggi membentuk batu dalam hempedu. Ianya tidak ada kena mengena dengan serbuk herba yang kita ambil kerana mustahil serbuk herba dapat sampai ke kantung hempedu.

Batu karang pula terbentuk disebabkan oleh kepekatan asid yang terlalu tinggi dalam darah. Kepekatan asid yang tinggi membentuk kristal yang lama kelamaan membesar dan mengganggu sistem urin. Kencing kerap, sakit pinggang dan kencing berdarah adalah di antara tanda awal pembentukan batu karang.

Kepekatan asid menjadi terlalu tinggi adalah disebabkan oleh kelemahan yang berlaku kepada fungsi buah pinggang. Juga disebabkan oleh tabiat pemakanan seperti gemar makan sea food dan pengambilan daging berlebihan. Buah pinggang bekerja menapis dan mengeluarkan asid dari darah. Dengan kehadhiran 1.2 juta penapis yg dinamakan nephron, asid di tapis keluar dan darah menjadi bersih. Nephron hanya menapis dan mengeluarkan asid dan bahan toksik. Keunikan Nephron adalah tentang penapisnya yang teramat halus sehingga tidak dapat ditembusi walaupun oleh sel darah merah, apatah lagi serbuk herba.

Isu serbuk herba sebenarnya tidak timbul di sini, sebab bagaimana untuk melalui dan masuk ke sistem buah pinggang walhal ke dalam saluran darah pun ia tidak boleh masuk. Saya berharap dengan penjelasan ini dapat melenyapkan sangkaan-sangkaan negatif mengenai herba yang ditimbulkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Soal keberkesanan produk dalam bentuk serbuk dan extraction memerlukan satu perbincangan yang lain kerana banyak faktor sebenarnya yang mempengaruhi keberkesanan produk bukan sekadar bentuk ianya disediakan.

Sumber : Blog KPU
PJS AZIZAN BIN AHMAD
Presiden Kelab Pemimpin Utara HPA (KPU)



0

PRODUK BARU DARI HPA

Dari sumber rakan HPA, ader beberapa produk baru yang akan berada di pasaran. di antaranya ialah

a. Airkrim Toyyibah perisa Vanila + Roselle riple
b. Aiskrim Toyyibah perisa Vanila + kopi radix riple
c. Aiskrim Toyyibah perisa Vanila + koko radix riple
d. Deodorant Radix Men untuk lelaki
e. Deodorant Centella Women untuk perempuan
f. Deodorant Centella Mild

Semua produk ini di jangka akan berada di pasaran pada bulan Ogos ini Insyaallah.
Setakat ini, hanya aiskrim Vanila + Roselle sahaja yang kami mempunyai gambar.


Jika ader gambar yang lain, pihak kami akan uploadkan dalam blog.



0

KOPI RADIX PAPAN SECOND GENERATION (packing baru)


PEK PAPAN BARU....Kopi Radix yang terkenal dengan iklannya 'Mai Secawan...' dalam TV3 dan TV9 merupakan minuman tenaga khasiat 7 herba. Perkataan Radix diambil dari bahasa botani yang membawa maksud akar kayu yang memberi tenaga. Salah satu daripada 7 herba ini ialah Akar Tongkat Ali. Ada 2 jenis Tongkat Ali. Pertama Tongkat Ali Puteh atau dalam bahasa botaninya Eurycoma Longifolia dan satu lagi Tongkat Ali Hitam atau dalam bahasa botaninya Polyalthiya Bolata. HPA menggunakan Tongkat Ali yang telah mendapat paten antarabangsa iaitu Eurycoma Longifolia.
Menurut kajian MARDI, Eurycoma Longifolia yang boleh digunakan untuk tujuan kesihatan ialah Pokok Tongkat Ali yang berumur 7 tahun keatas. Tetapi HPA menggunakan pokok Tongkat Ali Puteh yang berumur lebih 20 tahun. Warnanya kekuningan yang menggambarkan ianya benar-benar matang. Pokok Tongkat Ali yang berumur 20 tahun keatas ini akarnya menjunam hingga kelapisan tanah yang ke 4. Lapisan tanah keempat dikawasan iklim khatulistiwa, lebih-lebih lagi dari jenis tanah Siri Choping di Perlis ianya sangatlah subur dimana pelbagai jenis mineral semulajadi terdapat didalamnya. Antaranya Kalsiam dan Magnesiam selain Zinkam dan Fosforus.

Kalsiam semulajadi dari Akar Tongkat Ali ini kadar serapannya jauh lebih tinggi berbanding kalsiam dari susu lembu dari berbagai jenama. Ini disebabkan susu mengandungi laktos yang memerlukan enzim laktase untuk melarutkannya. Jika tubuh kita kurang atau tiada enzim laktase ketika kita mengambil susu, maka zat kalsiam tidak dapat diserapkan kedalam tubuh kita. Malah susu itu akan menjadi masam, maka berlakulah proses asidosis dimana tubuh akan mengambil kalsiam dari tulang dan gigi. Sedangkan kalsiam tumbuhan khususnya dari akar Tongkat Ali ini bersifat alkali. Oleh itu jika kita menjadikan Kopi Radix ini sebagai amalan, insyaAllah tubuh kita mendapat bekalan kalsiam semulajadi yang bersifat alkali dimana penyerapannya kedalam tubuh menjadi mudah.

Akar Tongkat yang HPA gunakan ini juga bersifat Afrodisiak iaitu rangsangan tenaga seksual. Pada tahun 2003 Menteri Kesihatan ketika itu Datuk Chua Joo Ming ada membuat kenyataan bahawa kebaikan Tongkat Ali berbanding dengan Ginseng ialah 7 kali ganda sumber tenaga segera. Ini telah menggugat pasaran Ginseng di Malaysia malah negara jiran iaitu Singapore telah mengharamkan kemasukan Tongkat Ali ke negaranya. Sebab itu tidak hairanlah kemaraan Radix kini cuba disekat oleh pelbagai pihak. Antaranya isu daun ketum, isu kopi tiruan, isu masalah buah pinggang, isu 'syer dengan orang Cina... dan sebagainya lagi.

Secara umumnya ada 3 kekuatan Kopi Radix

1. Sumber Tenaga Segera.
2. Menguatkan Daya Ingatan kerana ianya bersifat kardiotonik
3. Melihara Organ Reproduksi.

......sumber dari Kelab Pemimpin Timur

dan yang paling penting sekali, lepas nie group2 yang buat kopi radix palsu terpaksa lah tukar packing baru. secara tidak langsung kiter dapat menyusahkan diorang. maka diingatkan disini, sila lah dapat kan barangan HPA dari pengedar yang sah.

Welcome

PUSAT JUALAN HPA
GB48, CASA LIMBUNG
24000 KEMAMAN
TERENGGANU D.I
Tel: 017-9650168
@ 012-9091141
Masa Perniagaan
SABTU - KHAMIS = 10.00 PAGI - 6 PETANG
JUMAAT = tutup

Powered by Blogger Skins. Theme: TheBuckmaker | Free Wordpress Templates. Presents HD TV Futurama Streaming. Featured on Wedding Dresses.