TENTANG KAMI

Foto saya
Chukai, Terengganu, Malaysia
*Rangkaian Dcentella adalah group dibawah jaringan dan pimpinan PJS/PJM Rosmandi Ishak yang berada di seluruh Malaysia dan berstatus PUSAT JUALAN.

SEMBANG-SEMBANG



0

Cuka HPA

Minum cuka setiap hari akan menghilangkan lebihan lemak dalam badan. 1/3 sudu teh cuka dimasukan dalam satu gelas air dan dicampur dengan 2 sudu teh madu lebah. Minum dalam keadaan suam pada waktu malam ketika hendak tidur. Cuka HPA di buat dari cuka nipah yang asli bukan dari cuka sintatik kerana cuka sintatik tidak boleh dijadikan ubatan .

Perubatan dengan cuka merupakan salah satu kaedah pengubatan Islam yang sangat berkesan terutama untuk membakar plak dijantung. Selain daripada perbincangan KPJ saya juga kini sedang menyiapkan sebuah buku tentang kelebihan cuka berdasarkan pengalaman pengamal tempatan untuk dijadikan salah satu method pengubatan jawi yang berkesan. Amin.

- sumber dari JawiMedHerb



0

Gatal seluruh badan

kadangkala gatal ini sangat sukar diubati walaupun dengan ubatan yang menggunakan steroid. Pesakit akan terus menggaru sehinggakan tidak sedar kulit sudahpun luka kerana tidak tahan dengan gatal . Pelbagai krim tidak upaya dijadikan penawar kerana gatal itu betul-betul didalam isi bukannya diatas kulit.

Jika anda bertemu dengan kes bagini,InsyaAllah cubalah resepi pengubatan herba ini iaitu beri pesakit meminum air perahan cekur segelas,dua kali se hari . Kebiasaannya kesembuhan akan cepat berlaku disamping meminum air minuman HPA 2 liter sehari. Insya Allah. Lakukan berterusan sehingga gatal-gatal akan mulai hilang.

- dipetik dari JawiMedHerb



0

HPA HALAL MART

HHM akan mula diujudkan mulai tahun hadapan bagi mempertengahkan sebanyak mungkin produk halal dipasaran. Semua cawangan baru HPA akan mula diubahsuai berbentuk minimarket dan sudah tentu kita sangat mengharapkan dalam tempoh masa-masa ke hadapan ianya bertukar menjadi supermarket.

Sesuatu yang menarik HHM merupakan minimarket MLM pertama di ujudkan InsyaAllah. Semua produk kering dan basah akan dijual disini. Moto HHM ialah Halal dan organik lagi baik. Jika prototaip ini siap dan mendapat pemintaan yang tinggi ianya akan dibuka diseluruh negara bagi memudahkan ahli-ahli mmbeli yang halal ditengah-tengah ribuan produk yang tidak jelas hukumnya. Terima kasih atas sokongan semua ahli hingga hari ini. Teruskan perjuangan.

- dari laman blog PU



0

BUAH PINGGANG vs MALAC

Kita sering terlupa bahawa ginjal merupakan salah satu organ yang penting dalam penjagaan kesihatan. Lihat sahaja kepada mereka yang menggunakan mesin hemodilisis terpaksa tidur menghabiskan masa 4 jam untuk sekali proses rawatan. Jika seminggu 3 kali bererti sepanjang hidupnya terpaksa menghabiskan 12 jam berbaring dalam keadaan suka ataupun tidak. Jadi tidak salah jika HPA ingin mengemukakan beberapa jenis herba yang telah terbukti keberkesanannya pada mereka yang tergantung hidup dengan mesin selama ini.

Kapsul Malac dibuka (3X 3) dan dimasukan kedalam gelas yang mengandungi air panas. Kacau hinggga ia benar-benar larut dan tunggu hingga berlaku mendapan hampas di bawah gelas. Ambil airnya sahaja(hampas ditinggalkan) dan campur dengan madu lebah 1 sudu teh kecil. Minum 3 kali sehari'. Jangan lupa lakukan bekam di titik ginjal (kedua belah)dan di titik tengah tulang c 7. InsyaAllah dalam masa terdekat kekerapan melakukan hemodilisis akan semakin berkurangan.

- dipetik dari blog JawiMedHerb



0

HERBALIS MUDA - kali ke 2



HERBALIS MUDA kali-2 PADA: 1HB – 11HB DIS 2009

BAYARAN : RM750.00 SAHAJA
TERBUKA KEPADA MUSLIMIN DAN MUSLIMAH(umur 13tahun – 17 tahun)

CARA BAYARAN: BANK IN YURAN KEPADA BIMB  A/C NAMA: Ismail Bin Ahmad (Pengarah Urusan HPA)– No A/C: 09010010002734

MAKLUM BAYARAN KEPADA : hpa4online@yahoo.com @ 0139299944(hotline hpa)
- Borang Pendaftaran: http://hpa.com.my/kembara/herbalismuda.doc ( bayar sebelum 27hb Okt 2009)
Mereka yang mendaftar dan membuat bayaran awal akan diberikan keutamaan. Kos bayaran tersebut sebanyak RM750.00 Peserta akan diajar bagaimana membuat perawatan dan cadangan herba yang tepat.



0

Nasi Lemak & Kencing Manis

Awas jika anda gemar memakan nasi lemak ! Nasi lemak mendatangkan mudarat yang sangat besar jika sesaorang itu mempunyai penyakit kencing manis dan wajib dihentikan serta merta. Keadaan penyakit kencing manis akan menjadi semakin teruk dimana kaki akan jadi hitam,lebam,kebas dan lama kelamaan membengkak diikuti dengan luka lambat sembuh. Akhirnya luka tersebut tidak upaya dirawat lagi maka kaki terpaksa di potong kerana gangren yang sangat merbahaya.

Sebenarnya bukan salah pada nasi tetapi sebab santan. Inilah yang dimaksudkan oleh orang tua-tua dahulu dengan pantun “sebab pulut santan binasa,sebab mulut badan binasa”. Jika anda masih sayangkan kaki anda,eloklah dihentikan mengambil nasi lemak setiap hari.
Satu perkara yang ingin di kongsikan dengan anda semua ialah tentang nasi lemak yang tidak menggunakan santan. Hari ini kita boleh gantikan santan dengan minyak VCO,disamping tidak merubah rasa ,kini nasi lemak telah menjadi makanan yang menyihatkan badan. Selamat mencuba.

-sumber dari JawiMedHerb



0

GULAI ITIK



Pernahkah anda mencuba gulai/kari Itik yang baru dipasarkan dalam pasaran MLM HPA?Produk frozen ini dihasilkan dari penternakan itik di bukit Batu Hitam Cangloon Kedah. Harga satu pek 500gm ialah RM12.00(harga ahli). HPA Farm menternak itik Nila sebagai satu lagi projek komersialnya dan akan di tinkan pada masa hadapan. InsyaAllah.
Saya rasa keenakan gulai itik Nila ini disebabkan kerana dagingnya yang dimasak dengan daun nangka terlebih dahulu. Proses penyediaan gulai itik ini mengikut kaedah tradisional orang Melayu di utara dan pernah menjadi santapan istimewa dalam acara-acara tertentu. Apapun kita kena berani mencuba dahulu untuk kita menghakimi sejauh mana kelazatan produk frozen ini.
 - sumber dari blog PU 



0

SALAM SATU SIMPATI


Salam Satu Simpati Pada MUHAMAD KAMAL ISMAIL

Salam semua sekali
Mungkin ada yang sudah menerima kabar ini dan mungkin juga ada yang belum. Muhammad Kamal Ismail adalah staff saya di bahagian pemasaran. Musibah yang tidak di jangka menimpa anak perempuan beliau Najihah (5 tahun) yang kini terlantar di Hospital Besar, Kangar akibat pendarahan otak dah hampir sebulan. Baru-baru ini Najihah telah menjalani pembedahan di bahagian tengkorak kepala bagi membuang pendarahan beku. Namun masih belum berhasil dan akan di pindahkan ke Hospital Besar Penang dalam waktu terdekat.
Hulurkan sumbangan sebagai tanda simpati dan mohon doakan kesejahteraan mereka.
Sumbangan boleh di online terus ke akaun beliau
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD CAWANGAN KANGAR
09 010 02 0116634
MUHAMAD KAMAL ISMAIL


Sumber dari blog GM



0

PASARAN AYAM

Pasaran ayam organik segar akan diperkenalkan oleh HPA bagi memastikan ayam-ayam yang dijual di cawangan tidak lebih dari 7 hari. Ini memerlukan kecekapan pengakutan bagi membawanya dari tempat sembelihan ke cawangan sesegera mungkin. Jika ini dapat dibuat,bererti kita akan dapat meningkatkan lagi kualiti ayam beku agar ianya sentiasa segar dan sedap di makan.

Salah satu cara bagi mendapatkan rasa enak ayam ialah dengan merendamkan sebentar ayam tersebut dalam larutan air yang di campur cuka asli (10liter air : 1 sudu cuka asli HPA). kemudian barulah di goreng .InsyaAllah daging ayam terasa sangat sedap apatah lagi jika di goreng menggunakan tepung RFC yang telah pun berada semula dipasaran. Selamat mencuba.

-sumber dari blog PU



0

Kehebatan SALMON OIL OMEGA GOLD

KANDUNGAN NYA…
• Mengandungi omega 3, 6 dan 9
• Omega 3 dan 6 tidak dikeluarkan oleh tubuh badan.
• Omega 9 boleh diproduksi oleh tubuh badan dari gula dan kanji.

Apa itu OMEGA 3???
• Omega 3 bagus utk ibu menyusu, ibu mengandung membantu perkembangan otak janin dan bayi,Arthiritis, depression dan penyakit kulit.
• mengandungi EPA dan DHA

• EPA (Eicosa Pentaenoic Acid) dapat mencegah :
• 1. Kanser
• 2. Trombosit (pembekuan darah)
• 3. Atheroskerosis (pembekuan lemak dalam darah)
• 4. Kadar kolestrol yang berlebihan
• 5. Plasma lipid yang berlebihan
• 6. Penyakit jantung
• 7. Stress yang berlebihan
• 8. Tekanan darah tinggi
• 9.Kencing manis

DHA???
DHA (Docosa Hexaenoic Acid) berfungsi membantu meningkatkan kemampuan otak untuk belajar dan menguatkan minda serta daya ingatan.
• Mencegah radang sendi (rheumatoid arthristis)
• 2. Mencegah asma
• 3. Meningkatkan daya seks kesuburan
• 4. Mencegah kanser payu dara, usus, pankreas dan prostat
• 5. Mencegah penyakit kulit
• 6. Mencegah migran, kesemutan, sejuk pada kaki dan tangan

KAJIAN DI UK MENDAPATI EPA BERKESAN DALAM MEMBANTU…
• Clinical Depression (kemurungan)
• Bipolar Disorder (tekanan/kemurungan)
• Schizophrenia (mental)
• Post Natal Depression (meroyan)
• Pre-menstrual Tension
• Obsessive Compulsive Disorder
• Alzheimer’s disease and other forms of dementia
• Dyslexia (masalah pembelajaran)


Kemurungan adalah reaksi normal kepada tekanan atau bahaya, tetapi perasaan cemas dan kekhuatiran yang berturut-turut mungkin disebabkan disorder kebimbangan. Gangguan kerisauan boleh membuat hidup sengsara. Kebanyakan kemurungan kebimbangan dapat dirawat dengan kejayaan, biasanya melalui bantuan campuran dari kaunseling dan ubat-ubat.
Gangguan kemurungan sangat umum, dengan satu dalam 10 orang mengalami sakitan ini pada suatu masa dalam hidup mereka.

Gejala-gejala nya
• Kebimbangan boleh menjejaskan berlainan orang dengan berlainan cara:
• Kesusahan bertidur
• Debaran jantung yang sangat cepat
• Bergetaran, kepeningan
• Kesusahan bernafas.
• Merasa rengsa, tidak senang, tidak dapat rehat atau tiada kawalan
• Tidak dapat memikir dengan jelas atau berkonsentrasi
• muntah-muntah
• Merasa tercekek atau bengkak dalam kerongkong
• Berpeluh
• Pening kepala
• Otot tegang (panas baran,cepatmarah,emosi)
• Mudah merasa pengsan

BIPOLA DISORDER???
• Salah satu penyakit mental yang akan menyerang pesakit secara tiba-tiba yang disebabkan oleh tekanan/kemurungan.
• Kes terbaru terjadi kepada penyanyi & komposer terkenal YASSIN (BROTHERS)
• Pesakit juga kadang kala mengalami MANIC (berkenaan dirasuk sawan gila)
• BIPOLA DISORDER terjadi apabila 2simptom (MANIC + DEPRESSION) bergabung menjadi satu.

DYSLEXIA???
Disleksia terdiri daripada dua perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

CIRI-CIRI PENGHIDAPNYA…
• Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
• Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
• Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
• Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'p' dan 'p' dianggap 'q'.
• Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
• Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.
• Sering berlaku di kalangan lelaki.
• Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
• Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.

Di UK pada thn 2002 di lebih 100 buah sekolah rendah dimana pelajar-palajar mengalami masalah DYSLEXIA.
Setiap pelajar diberi minyak ikan tinggi dengan EPA (SALMON OIL OMEGA-GOLD), dalam 3bulan sahaja pelajar menunjukan perkembangan positif dari segi membaca,mengeja & perangai mereka juga peningkatan dalam akademik pelajaran mereka.

Schizophrenia???
Skizofrenia adalah penyakit mental yang teruk dengan ciri-ciri kecacatan berterusan pada penerimaan seseorang (perception) pada gambaran alam sebenar (realiti). Seseorang yang mengalami skizofrenia tanpa dirawat biasanya menunjukkan pemikiran yang tidak teratur, dan mungkin mengalami delusi atau halusinasi pendengaran. Walaupun penyakit ini biasanya memberi kesan kepada kognitif, ia juga menyumbang kepada masaalah teruk dengan perangai manusia atau emosi. Permulaan skizofrenia biasanya berlaku pada lewat remaja atau awal dewasa, dengan kaum lelaki cenderung menunjukkan simptom lebih awal berbanding kaum wanita.
Diagnosis berasaskan pengalaman yang dilapurkan sendiri oleh pesakit, bersama tanda-tanda yang dilapurkan oleh pakar psikiatri atau sebarang pegawai perubatan terlatih seperti doktor dalam psychologi. Tidak terdapat ujian biologi objektif bagi skizofrenia, walaupun kajian mencadangkan genetik dan biokimia adalah faktor penyumbang utama. Penyelidikan kini dalam perkembangan masaalah ini sering kali menumpukan kepada peranan neurobiologi, walaupun punca organik yang jelas dan boleh dikenal pasti masih belum dijumpai. Dengan ketiadaan ujian makmal objektif untuk mengesahkan diagnosis, terdapat persoalan mengenai status skizofrenia sebagai satu penyakit rasmi.
Istilah "skizofrenia" diterjemah secara kasar sebagai "fikiran berkecai," dan berasal dari bahasa Greek σχίζω (schizo, "memecahkan" atau "membahagikan") dan φρ?ν (phr?n, "minda"). Walaupun etymologinya, skizofrenia bukannya sama dengan masaalah identiti berpisah (dissociative identity disorder), atau juga dikenali sebagai masaalah personaliti pelbagai (multiple personality disorder) atau "personaliti terpisah - split personality"; dalam popular culture keduanya sering kali dikelirukan. Walaupun skizofrenia seringkali mendorong kepada difungsi (dysfunction) masyarakat atau pekerjaan, tidak terdapat kaitan penyakit ini dengan kecenderungan kelakuan agresif.

Post Natal Depression???(meroyan – wanita)
Meroyan atau rayan (juga dikenali dikalangan ahli perubatan sebagai Postpartum depression - PPD) merupakan satu bentuk kemurungan klinikal (clinical depression) yang menjejaskan wanita, dan kadang kala lelaki, selepas melahirkan anak. Kajian menunjukkan kadar berlaku dikalangan wanita antara 5% hingga 25%, tetapi perbezaan metodologi antara kajian menjadikan kadar berlaku sebenar tidak jelas.[
Asid lemak Omega-3: Sesetengah pakar percaya bahawa kemurungan postpartum boleh dikatakan disebabkan kekurangan asid lemak omega-3 dari otak ibu bagi membantu pembentukan otak fetus atau anak menyusu. Ini boleh dielakkan dengan memastiian bekalan asid lemak omega 3 yang mencukupi dalam diet si ibu.[13] Sumber asid lemak omega 3 semulajadi yang baik termasuk minyak linseed boleh dimakan, sestengah ikan, daging haiwan ragut dan bukannya memakan bijirin, dan telor dari ayam yang diberi makan biji benih flax atau permakanan lain yang tinggi dengan lemak omega 3. Omega 3 juga boleh dibeli dalam bentuk kapsul sebagai permakanan tambahan.

OMEGA 6
• Anti inflammatory (peradangan sendi)
• baik utk wanita sebelum haid
• baik utk kulit, kuku dan rambut.
• kombinasi omega 3 & 6 sgt penting utk kesihatan tubuh badan
• Membantu metabolisma gula di dalam darah
• menurunkan kolesterol
• penyakit Autisme

DENGAN PENERANGAN INI,DAPAT LAH KITA BERKONGSI KHASIAT SALMON OIL OMEGA-GOLD YANG SUDAH LAMA DIAMALKAN OLEH MASYARAKAT DIBARAT (UK) SEJAK DARI PERINGKAT IBU MENGANDUNG (FETUS).JIKA DINILAI DENGAN HARGANYA RM80 (60BIJI).BEGITU KECIL KERANA KESIHATAN KITA (ANAK2 & KELUARGA) LEBIH BERERTI.
SELAMAT MENCUBA….

(PAUTAN DARI BLOG2 LUAR NEGARA)

-sumber dari blog PJM Jaafar



0

KENYATAAN RASMI - isu penarikan ayam organik

KENYATAAN RASMI GM AL WAHIDA

Berikut adalah kenyataan resmi mengenai penarikan ayam organik HPA:
Pihak pengurusan mengambil keputusan menarik semua stok ayam organik di pasaran kerana beberapa faktor seperti berikut:

1. Memastikan ujud sisitem Standard Operation Prosedure mengenai pengurusan stok ayam di cawangan bagi memastikan kualiti ayam terjamin.

2. Memastikan selepas ini akan di catitkan tarikh ayam di sembelih bagi kepuasan pengguna.

3. Mengemaskini pengurusan pusat penyembelihan supaya lebih bersistematik.

Namun disini saya ingin menegaskan penarikan ayam organik tidak ada kaitan dengan berita di KOSMO dan METRO tempoh hari dan saya telah pun membuat penjelasan.

Operasi RFC dan RCH tetap berjalan seperti biasa kerana telah wujud SOP pengurusan ayam.
Insyallah ayam akan kembali memenuhi pasaran dalam tempoh selewat-lewatnya 45 hari.



0

KAPSUL HARAM DI COP HALAL?!!?

Kapsul ubat: Gelatin babi dicop halal
Nov 2, 09 5:01pm

Kira-kira 30 peratus daripada 100 produk kesihatan yang diuji di makmal Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM) tidak halal kerana menggunakan gelatin kapsul ubat dari khinzir.

Dekan Pusat Pengajian berkenaan Prof Madya Dr Syed Azhar Syed Sulaiman (foto, kanan) berkata kesemua produk yang diuji sejak setahun lepas itu dihantar oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan pengeluar produk bagi mengenal pasti sumber gelatin yang mereka gunakan.

"Daripada 100 produk yang kita uji, sebanyak 30 peratus tidak halal dan menggunakan gelatin dari khinzir kerana ia lebih murah daripada gelatin lembu.


"Bagaimanapun ini bukanlah menggambarkan keseluruhan pasaran gelatin kapsul di Malaysia kerana ada pengeluar yang terlibat bertindak menukar gelatin yang mereka gunakan kepada yang halal seperti gelatin lembu selepas dimaklumkan perkara berkenaan," katanya selepas satu sidang akhbar di USM di Pulau Pinang hari ini.

Gelatin adalah suatu campuran protein diekstrak daripada kulit binatang.

Syed Azhar berkata produk kesihatan yang diuji tidak halal itu memang terdapat di pasaran dan ia dijual sejak beberapa tahun lepas.

"Ini yang kita bimbangkan kerana gelatin kapsulnya tidak halal dan produk berkenaan dikeluarkan sijil halal yang sah ekoran bahan utamanya halal," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap Kementerian Kesihatan mewajibkan pengeluar produk kesihatan menggunakan gelatin kapsul dari sumber yang halal.

Sementara itu, sekumpulan penyelidik USM yang diketuai Prof Madya Dr Gam Lay Harn (foto, kiri) berjaya menghasilkan kaedah yang pertama di Malaysia bagi mengenal pasti sumber bahan untuk gelatin kapsul ubat.

Dr Gam berkata dengan menggunakan teknik-teknik pengekstrakan dan pengasingan protein yang sesuai, pihaknya berjaya membangunkan satu kaedah pengenalpastian sumber gelatin sama ada daripada lembu atau khinzir.

Penyelidikan itu dibantu Zuraidah Mohd Zobir, Yap Beow Keat dan Lim Chu Ai.

Dr Gam berkata pada campuran yang mengandung 20 peratus gelatin khinzir atau lebih bagi setiap kapsul ubat, pihaknya 100 peratus yakin dapat mengesan kandungan gelatin tersebut.

Beliau menjangkakan kaedah yang telah memenangi beberapa anugerah di Malaysia dan luar negara itu mampu diterima di seluruh dunia terutama di negara-negara Islam kerana ia melibatkan produk halal dan haram. BERNAMA - (Sumber : Malaysiakini.com)

- thanx to Kelab Sahabat Siti Khadijah utk info ini.



0

Penurunan Harga Untuk Zon Borneo

Rujukan Kami : AWM / 4 / 2-3 / HEBAHAN – (65/09)
Tarikh : 31 OKTOBER 2009M / 12 ZULKAEDAH 1430H


Kepada :


GUDANG ZON, CAWANGAN, AGEN STOK, PENGEDAR,
PENGGUNA ( ZON BORNEO )


Assalamualaikum w.b.t.


Tuan/Puan,

PENURUNAN HARGA PRODUK BAGI ZON BORNEO

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

Adalah dimaklumkan bahawa AL WAHIDA MARKETING SDN BHD akan menurunkan harga produk bagi Zon Borneo berkuatkuasa mulai
Urusniaga 01hb November 2009.

Bersama-sama ini disertakan senarai penurunan harga tersebut.

http://www.sendspace.com/file/tkal8h

Sekian, harap maklum.


“PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA” TM

Powered by Blogger Skins. Theme: TheBuckmaker | Free Wordpress Templates. Presents HD TV Futurama Streaming. Featured on Wedding Dresses.