TENTANG KAMI

Foto saya
Chukai, Terengganu, Malaysia
*Rangkaian Dcentella adalah group dibawah jaringan dan pimpinan PJS/PJM Rosmandi Ishak yang berada di seluruh Malaysia dan berstatus PUSAT JUALAN.

SEMBANG-SEMBANG



McDonald's HILANG HAK EKSLUSIF GUNA AWALAN Mc.

PUTRAJAYA: Rangkaian restoran makanan segera McDonald's hilang hak eksklusifnya selepas gagal menghalang sebuah restoran makanan India tempatan, McCurry Restaurant (KL) Sdn Bhd menggunakan awalan 'Mc' untuk papan tanda perniagaannya.

Dalam keputusan sebulat suara itu, Mahkamah Persekutuan hari ini turut memerintahkan McDonald's membayar kos RM10,000 kepada McCurry yang mempunyai outlet di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

"Kami berpendapat persoalan undang-undang yang dibangkitkan oleh McDonald's tidak jelas dan mahkamah harus menolak permohonan semakan bagi rayuan itu," kata Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria yang mengetuai panel dengan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk James Foong.

Mahkamah menangguhkan kes itu semalam selepas mendapati soalan yang

dibangkitkan peguam McDonald's tidak jelas dan meminta mereka menyusun semula soalan berdasarkan kepada pendapat Mahkamah Rayuan. McDonald's memfailkan permohonan semakan bagi rayuan itu apabila pada 29 April lalu Mahkamah Rayuan memutuskan adalah satu kesilapan untuk membuat andaian McDonald's memonopoli penggunaan awalan 'Mc'.

Sebelum itu, Mahkamah Tinggi memutuskan McDonald's mempunyai hak eksklusif kepada awalan 'Mc' menyebabkan McCurry membawa kes itu ke Mahkamah Rayuan.

Pada prosiding kes itu, McCurry menegaskan bahawa McDonald's tidak boleh menuntut monopoli atau hak eksklusif bagi menggunakan huruf awalan 'Mc',

kerana awalan itu digunakan dengan meluas di seluruh dunia sebagai nama keluarga terutamanya oleh orang yang berasal dari Scotland.-Bernama

p/s : Sama kes dgn cubaan *FC beri notis saman pada RFC tempoh hari....dlm isu penggunaan warna merah bagi premis RFC..

0 Comments »

Welcome

PUSAT JUALAN HPA
GB48, CASA LIMBUNG
24000 KEMAMAN
TERENGGANU D.I
Tel: 017-9650168
@ 012-9091141
Masa Perniagaan
SABTU - KHAMIS = 10.00 PAGI - 6 PETANG
JUMAAT = tutup

Powered by Blogger Skins. Theme: TheBuckmaker | Free Wordpress Templates. Presents HD TV Futurama Streaming. Featured on Wedding Dresses.