under construction
Satu lagi pengkhianatan terhadap umat Islam dilakukan. Ayam yang kononnya ada logo JAKIM di serbu oleh pihak JAKIM dan beberapa NGO di Lembah Kelang. Amat kotor, menjijik dan termuntah bila ayam tidak disembelih secara hukum syarie. Disembelih oleh mereka yang tidak tahu menegenai agama. Paling jijik sebelah pusat sembelih ayam adalah pusat sembelihan BABI dan pusat proses kerang yang di miliki oleh satu taukeh. Sungguh amat BIADAP mereka ini. Tapi apa nak kata dengan sikap orang kita. Mencari semua nak murah. Tak percaya diri sendiri. Kerana nak ayam murah maka itulah hasilnya. Semua nak tuding jari ke JAKIM bila hal ini terbongkar. Mungkin ada yang kata "saya tak tau" atau ada yang main senang cakap "JAKIM yang tanggung dosa.."!!!!
Namun apakah kita rela mulut kita di masuki najis BABI, ayam HARAM dan kerang dan ikan keli yang makan TAHI dan BANGKAI BABI?????? Bagi ahli HPA sudah tentunya tidak. Namun berjuta lagi umat Islam yang tidak terkecuali para alim Ulamak masih lagi bersifat lidah petah berhujah, namun MEMBUJUR LALU MELINTANG SAPU.
Sudah sekian lama, ramai yang menjamah Minyak Sapi QBB(Beratur Babi)dan sewajarnya semua umat Islam amat wajib/mandatori memulaukan terus walaupun QBB mohon maaf kerana sebagai suatu pengajaran kepada pengusaha lain agar tidak main mudah dengan umat Islam. Maka hari ini kita wajib mandatori untuk terus memulau ayam yang tidak tahu asal usul dan tidak di pantau oleh mereka yang ahli dalam Halal dan Haram.
dari bolg GM
Rangkaian Dcentella telah dijemput untuk membuka booth di Kempen Pengurangan Penggunaan Gula anjuran KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN bertempat di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman jam 8 pagi bertarikh 8 Julai 2010.
Meskipun kami dimaklumkan pada sebelah malam 7hb, pihak kami tetap menyahut pelawaan program ini di samping dapat memperkenalkan dan mendekatkan lagi HPA kepada masyarakat.
Untuk program kali ini, Mok Su selaku pengasas Rangkaian Dcentella sendiri telah turun padang bersama dengan Pewaris Rangkaian Dcentella, Herbalis Suzlinda yang bertanggungjawab mengembangkan lagi sayap Rangkaian.
Pihak kami juga telah menyediakan 1 hamper produk harian HPA untuk cabutan bertuah sebagai tanda ucapan terima kasih untuk Pihak Penganjur.
Penulis menerima email dari seorang rakan yang patut di kongsi bersama sebagai renungan kekuasaan Allah SWT.
Buat renungan.
Salam,
Sedikit terjemahan kepada email ini:
Sculpture 'King of Kings' iaitu patung besar Jesus Christ ini didirikan di perkarangan Solid Rock Church di Monroe , Ohio , US . Ia setinggi 19 meter dan 12 meter lebar dengan aksi 'Jesus' mendepangkan tangan seolah2 berdoa ke langit. Penghuni Monroe amat memegahkan patung ini dan menamakannya 'Touchdown Jesus'. patung ini diperbuat dari plastik dan getah fiber.
Pada 15/06/2010 , patung ini dipanah petir dan kilat lalu hangus terbakar.
Begitulah kekuasaan yang ditunjukkan oleh Allah SWT bilamana manusia lupa siapa pencipta sebenarnya. Sebenarnya sudah begitu banyak Allah menunjukkan kekuasaanNya namun manusia masih lagi lalai dan alpa. Maka selayaknyalah kita diperhitungkan di hadapan Allah di padang Mahsyar nanti.
Semoga kita sentiasa dilindungi oleh Allah SWT sepanjang masa, insya-Allah.
"Dan berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu bermanfaat. Maka akan mengambil peringatan orang yang khusyuk(takut kepada Allah) dan akan menjauhi peringatan orang yang celaka iaitu orang yang akan masuk ke dalam api yang besar (neraka)... Surah Al-A'la
Kami dari Rangkaian Dcentella mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Eksekutif Caw. Kemaman. Semoga kekal ke anak cucu hendaknya.
Powered by Blogger Skins. Theme: TheBuckmaker | Free Wordpress Templates. Presents HD TV Futurama Streaming. Featured on Wedding Dresses.