TENTANG KAMI

Foto saya
Chukai, Terengganu, Malaysia
*Rangkaian Dcentella adalah group dibawah jaringan dan pimpinan PJS/PJM Rosmandi Ishak yang berada di seluruh Malaysia dan berstatus PUSAT JUALAN.

SEMBANG-SEMBANG



0

KECURANGAN DALAM PENUKARAN PENAJAAN.

semalam sibuk mencari info pasal HPA sayer terjumpe satu article yang nak saya posting sebagai panduan semua ahli2 di bawah rangkaian ataupun tidak. article tu bulan April 2009 daripada pihak MIS.

-Hal ini perlu di ambil perhatian serius oleh seluruh warga HPA Malaysia. HQ hanya membenarkan penukaran penaja pengedar yang tidak aktif dari tahun 2003 kebawah. Namun kita mendapati ada usaha "matlamat menghalalkan cara" yang akan merosakan imej MLM Syariah. Antara tektik licik yang dilakukan adalah memindahkan nama sesaorang kepada waris dengan alasan tidak mau aktif. Suka saya ingatkan disini tindakan ini akan merosakan imej MLM HPA.
Mulai sekarang penukaran penaja pada warith hanya boleh di lakukan sekiranya ada lampiran surat kematian.
Wasalam


---------------------------------------------------------------------------------------

saya berharap hal ini tidak terjadi kepada rangkaian kita ini. mana-mana ahli yang sudah lama tidak dihubungi oleh pihak kami, harap dapat lah emailkan atau smskan no HP,@ email kepada kami. ini semua di atas usaha untuk memantapkan lagi rangkaian yang sudah terbina hampir 12 tahun di Kemaman yang kini di uruskan oleh Generasi kedua. Pihak kami di dalam proses untuk memperkembangkan lagi jaringan rangkaian kepada semua ahli-ahli. Insyaallah laman blog ini akan menjadi salah satu sumber ilmu untuk semua. dalam masa terdekat ini, saya akan pamerkan senarai nama ahli2 di dalam rangkaian kita.

wasalam.



0

PEKELILING PERLANTIKAN PJS 2009



0

Influenza A dan perubatan herba


Kebiasaannya terapi herba untuk kes demam adalah seperti dibawah. Saya kerap juga ditanya tentang H1N1 , apakah ubat herba yang perlu dicadangkan. Penyakit ini merupakan jangkitan akut yang perlu segera dirawat di hospital jika tidak, boleh menyebabkan kematian. Persediaan herba dibawah merupakan kaedah tradisi pengubatan jawi untuk jangkitan Virus namun begitu kepada penyakit H1N1 perlukan nasihat dari doktor.

1. Kapsul IMT - 3 kapsul selang 2 jam ( 3 x 6)
2. Teh roselle - (minum terus menerus) - hingga habis sekotak.
3. Spirulina - 2 kapsul selang 2 jam sehingga habis 1 botol.
4. EQ minda - minum hingga sembuh.
5. Sewaktu kepanasan mendadak tinggi, jaram dengan daun bunga cina.

HPA - Harapan Paling Akhir.

Semoga Allah menghilangkan ujian ini daripada kita semua. Kepada seluruh warga HPA kita mengamalkan kaedah “pencegahan itu lebih baik daripada pengubatan” .
Herba kita yang mempunyai kekuatan bagi tujuan anti virus ialah seperti :

1. Kapsul IMT - 3 x 3
2. Roselle - 5 x 3 dan teh roselle - 2 x 3
3. Madu Coscinium - 2 x 3
4. Kopi Radix
5. Malac - 2 x 3
6. Teh Herba

Amalkan terus herba-herba HPA sebagai amalan harian. InsyaAllah .
Walau apapun, mudah-mudahan Allah memunculkan pengubatan kita dalam situasi ini. Amin.

Sumber : Dipetik dari blog JawiHerbShop.blogspot.com



0

MAJLIS TAKLIMAT KERJA HPA & ITHPA

Majlis ini akan diadakan pada esok hari 3/8/09 di dewan omar Mukhtar (DOM) jam 8.30 pagi . Semua anak-anak syarikat HPA dan pentadbiran zon tidak dibenarkan lagi mengambil terus pekerja-pekerja tetapi mestilah melalui ITHPA. Ini bermakna mereka yang hendak bekerja dalam HPA mestilah mengikuti kursus pra-kerja di ITHPA.
Tujuan diadakan program sebegini ialah untuk memastikan pekerja benar-benar mengetahui kehendak majikan terutama dalam urusan bisnis yang sangat mencabar. Kita tidak mahu pekerja yang sepatutnya menjadi asset syarikat tiba-tiba menjadi liability(tanggungan) . Ini sangat-sangat penting kerana kini HPA memiliki 1700 orang pekerja dan penambahan pekerja berlaku 50 - 100 orang sebulan. Peningkatan ini akan terus berlaku kerana bertambahnya outlet dan rangkaian peniagaan HPA diseluruh negara. Mereka yang berminat boleh menghubungi bahagian latihan (pengambilan pelajar dan pekerja) 0194650155(fahzan) .

.......sumber dari blog PU.



0

BENARKAH PRODUK HERBA @ AKAR KAYU MERBAHAYA KEPADA KESIHATAN

Kebelakangan ini ada beberapa majalah serta akhbar yang menyiarkan artikel yang memberikan pendapat mengenai kemungkinan produk berbentuk serbuk memudharatkan kesihatan. Ianya diterbitkan dalam suasana terdapat trend produk-produk terbaru yang dikeluarkan dalam bentuk extraction. Apakah ini salah satu perang saikologi bagi memenangi pasaran? Semua yang ditulis setakat yang saya tahu tidak pernah dibekalkan dengan data-data yang terang dan jelas. Kalaulah ada mereka yang mengatakan bahawa serbuk ubatan yang menyebabkan terjadi batu karang dan batu dalam hempedu, itu hanyalah sangkaan semata-mata yang tidak berdasarkan kepada ilmu.

Kalau kita mengkaji beberapa ilmu mengenai sistem tubuh iaitu sistem pencernaan (digestive system), sistem peredaran darah (circulatory system) dan sistem pembuangan (excretory system), sudah tentu dapat dibuktikan dengan jelas bahawa tuduhan sedemikian adalah merupakan satu fitnah jahat yang dilemparkan kepada bahan yang sepatutnya menjadi penyembuh utama seperti yang diajar oleh nabi melalui hadisnya ‘kesembuhan itu terdapat pada 3 perkara, minum mada berbekam dan kay.

Dalam sistem pencernaan, makanan yang kita makan masuk melalui mulut lalu bergerak ke dalam perut, usus kecil dan usus besar lalu dikeluarkan melalui anus dalam jangkamasa 9 jam lebih kurang. Dalam perjalanan tersebut enzim-enzim pencernaan telah berperanan sehingga makanan bertukar kepada bentuk yang sesuai untuk diserap terutamanya di usus kecil dan sedikit di usus besar. Air, asid dan enzim bertindak melarutkan bahan-bahan untuk membolehkan ianya diserap. Bahan-bahan yang tidak larut semuanya akan masuk ke usus besar, melalui beberapa proses lalu ada yang diserap dan bakinya dikeluarkan sebagai najis termasuk serbuk herba. Serbuk herba yang melalui jalan yang sama mengalami beberapa proses sehingga bahan aktif, mineral dan vitamin dilarutkan lalu diserap sambil hampasnya keluar melalui najis. Penyerapan dari usus kecil ke dalam saluran darah adalah dalam bentuk bahan terlarut dan mustahil untuk serbuk kayu di serap.

Batu dalam hempedu terbentuk disebabkan oleh kandungan kolestrol yang terlalu tinggi dalam darah. Kolestrol yang tinggi terjadi apabila seseorang mengalami masalah usus tersumbat dan mempunyai tabiat suka makan makanan berlemak. Hempedu yang mengeluarkan cecair hempedu (bile) gagal berfungsi dengan berkesan lalu lemak yang mempunyai kepekatan yang tinggi membentuk batu dalam hempedu. Ianya tidak ada kena mengena dengan serbuk herba yang kita ambil kerana mustahil serbuk herba dapat sampai ke kantung hempedu.

Batu karang pula terbentuk disebabkan oleh kepekatan asid yang terlalu tinggi dalam darah. Kepekatan asid yang tinggi membentuk kristal yang lama kelamaan membesar dan mengganggu sistem urin. Kencing kerap, sakit pinggang dan kencing berdarah adalah di antara tanda awal pembentukan batu karang.

Kepekatan asid menjadi terlalu tinggi adalah disebabkan oleh kelemahan yang berlaku kepada fungsi buah pinggang. Juga disebabkan oleh tabiat pemakanan seperti gemar makan sea food dan pengambilan daging berlebihan. Buah pinggang bekerja menapis dan mengeluarkan asid dari darah. Dengan kehadhiran 1.2 juta penapis yg dinamakan nephron, asid di tapis keluar dan darah menjadi bersih. Nephron hanya menapis dan mengeluarkan asid dan bahan toksik. Keunikan Nephron adalah tentang penapisnya yang teramat halus sehingga tidak dapat ditembusi walaupun oleh sel darah merah, apatah lagi serbuk herba.

Isu serbuk herba sebenarnya tidak timbul di sini, sebab bagaimana untuk melalui dan masuk ke sistem buah pinggang walhal ke dalam saluran darah pun ia tidak boleh masuk. Saya berharap dengan penjelasan ini dapat melenyapkan sangkaan-sangkaan negatif mengenai herba yang ditimbulkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Soal keberkesanan produk dalam bentuk serbuk dan extraction memerlukan satu perbincangan yang lain kerana banyak faktor sebenarnya yang mempengaruhi keberkesanan produk bukan sekadar bentuk ianya disediakan.

Sumber : Blog KPU
PJS AZIZAN BIN AHMAD
Presiden Kelab Pemimpin Utara HPA (KPU)



0

PRODUK BARU DARI HPA

Dari sumber rakan HPA, ader beberapa produk baru yang akan berada di pasaran. di antaranya ialah

a. Airkrim Toyyibah perisa Vanila + Roselle riple
b. Aiskrim Toyyibah perisa Vanila + kopi radix riple
c. Aiskrim Toyyibah perisa Vanila + koko radix riple
d. Deodorant Radix Men untuk lelaki
e. Deodorant Centella Women untuk perempuan
f. Deodorant Centella Mild

Semua produk ini di jangka akan berada di pasaran pada bulan Ogos ini Insyaallah.
Setakat ini, hanya aiskrim Vanila + Roselle sahaja yang kami mempunyai gambar.


Jika ader gambar yang lain, pihak kami akan uploadkan dalam blog.



0

KOPI RADIX PAPAN SECOND GENERATION (packing baru)


PEK PAPAN BARU....Kopi Radix yang terkenal dengan iklannya 'Mai Secawan...' dalam TV3 dan TV9 merupakan minuman tenaga khasiat 7 herba. Perkataan Radix diambil dari bahasa botani yang membawa maksud akar kayu yang memberi tenaga. Salah satu daripada 7 herba ini ialah Akar Tongkat Ali. Ada 2 jenis Tongkat Ali. Pertama Tongkat Ali Puteh atau dalam bahasa botaninya Eurycoma Longifolia dan satu lagi Tongkat Ali Hitam atau dalam bahasa botaninya Polyalthiya Bolata. HPA menggunakan Tongkat Ali yang telah mendapat paten antarabangsa iaitu Eurycoma Longifolia.
Menurut kajian MARDI, Eurycoma Longifolia yang boleh digunakan untuk tujuan kesihatan ialah Pokok Tongkat Ali yang berumur 7 tahun keatas. Tetapi HPA menggunakan pokok Tongkat Ali Puteh yang berumur lebih 20 tahun. Warnanya kekuningan yang menggambarkan ianya benar-benar matang. Pokok Tongkat Ali yang berumur 20 tahun keatas ini akarnya menjunam hingga kelapisan tanah yang ke 4. Lapisan tanah keempat dikawasan iklim khatulistiwa, lebih-lebih lagi dari jenis tanah Siri Choping di Perlis ianya sangatlah subur dimana pelbagai jenis mineral semulajadi terdapat didalamnya. Antaranya Kalsiam dan Magnesiam selain Zinkam dan Fosforus.

Kalsiam semulajadi dari Akar Tongkat Ali ini kadar serapannya jauh lebih tinggi berbanding kalsiam dari susu lembu dari berbagai jenama. Ini disebabkan susu mengandungi laktos yang memerlukan enzim laktase untuk melarutkannya. Jika tubuh kita kurang atau tiada enzim laktase ketika kita mengambil susu, maka zat kalsiam tidak dapat diserapkan kedalam tubuh kita. Malah susu itu akan menjadi masam, maka berlakulah proses asidosis dimana tubuh akan mengambil kalsiam dari tulang dan gigi. Sedangkan kalsiam tumbuhan khususnya dari akar Tongkat Ali ini bersifat alkali. Oleh itu jika kita menjadikan Kopi Radix ini sebagai amalan, insyaAllah tubuh kita mendapat bekalan kalsiam semulajadi yang bersifat alkali dimana penyerapannya kedalam tubuh menjadi mudah.

Akar Tongkat yang HPA gunakan ini juga bersifat Afrodisiak iaitu rangsangan tenaga seksual. Pada tahun 2003 Menteri Kesihatan ketika itu Datuk Chua Joo Ming ada membuat kenyataan bahawa kebaikan Tongkat Ali berbanding dengan Ginseng ialah 7 kali ganda sumber tenaga segera. Ini telah menggugat pasaran Ginseng di Malaysia malah negara jiran iaitu Singapore telah mengharamkan kemasukan Tongkat Ali ke negaranya. Sebab itu tidak hairanlah kemaraan Radix kini cuba disekat oleh pelbagai pihak. Antaranya isu daun ketum, isu kopi tiruan, isu masalah buah pinggang, isu 'syer dengan orang Cina... dan sebagainya lagi.

Secara umumnya ada 3 kekuatan Kopi Radix

1. Sumber Tenaga Segera.
2. Menguatkan Daya Ingatan kerana ianya bersifat kardiotonik
3. Melihara Organ Reproduksi.

......sumber dari Kelab Pemimpin Timur

dan yang paling penting sekali, lepas nie group2 yang buat kopi radix palsu terpaksa lah tukar packing baru. secara tidak langsung kiter dapat menyusahkan diorang. maka diingatkan disini, sila lah dapat kan barangan HPA dari pengedar yang sah.

Powered by Blogger Skins. Theme: TheBuckmaker | Free Wordpress Templates. Presents HD TV Futurama Streaming. Featured on Wedding Dresses.